Thursday, January 31, 2013

Sedar Diri

Eh, tetibe pulak nak buat entry baru..huhu. Alkisah tentang "sedar diri", siapakah yang perlu sedar diri?? (saya2...!kamu, mereka, dia n semua mahkluk ciptaan Allah bernama MANUSIA).

Tak semua orang di sekeliling kita suka cara kita, gaya kita, penampilan kita, hidup kita dan semua2 lah pasal kita (believe me..! #truestory). Ada juga yang boleh terima tapi xsemua. Golongan2 yang suka mengkritik cara hidup kita adalah golongan2 yang merasakan hidup kita adalah jauh lebih baik dari mereka. Sebab itulah terdetiknya di hati mereka mau jeles2 nie...betulkan? (angguk2 :P)

Alhamdulillah, kerana kehidupan saya lebih baik dari kamu, teruskanlah ke"jeles"an anda kepada saya :) 
Manusia nie macam2 ragam, masa diperlukan (mereka mencari...) masa senang? (tanya khabar pun tidak...). Bila dah ada penyakit iri hati, nak hulur tangan bersalaman pun macam xsudi, apetah lagi bertentang mata. Tangan dihulur sekadar kosong.

Kita buat itu ini, semuanya salah dimata mereka. Terima kasih sebab susah2 jaga tepi kain kami. Banyak sungguh masa kamu untuk care hal orang. Tapi, maafla sebab kami x ada masa nak xcare hal hidup kamu :)

credit to google image

KEYBOARD MENAIP: Sudah2 la care hal orang, kalau kamu xmampu buat apa yang kami boleh buat, diam2 sudah la ye cik kiah...Allah itu Maha Adil...

Sunday, January 27, 2013

Persiapan #1


Masih ada 12 hari lagi sebelum ianya bakal berlangsung. Balik je uni, terus settlekan ape yang patut. Beli kain pasang, ukur baju, bunga-bunga untuk gubahan, itu dan ini. Terpaksa maraton sorang2, sebab ahli2 mesyuarat tingkap berdekatan belum cuti lagi..sob2...

Lepas pikir punye pikir nak kaler tema ape n nak gubah cemane, barulah beli semua2 barang. Malam tu teruslah beroperasi dengan menunjukkan bakat terpendam dalam menggubah hantaran. Beli barang, buat sendiri lagi jimat daripada upah orang (certain2 bridal ambil upah RM25/par. Kalau dah sendiri2, boleh recyle balik (alaaa, org bkn tahu pon :P).

Buat kerja partime sambil menyepahkan rumah

KEYBOARD MENAIP: ni sebenarnye majlis ape nie?? 

Friday, January 4, 2013

Persiapan

Alhamdulillah, tiba2 rajin untuk update blog. Bercakap tentang persiapan, sekarang ni banyak jenis persiapan perlu disiapkan.

- Presentation PSM
- Betulkan Thesis
- Exam Stem Cell
- Majlis kat rumah

Hadoii, macam2 kena pikir neng nong. Cakap psl majlis kat rumah, rase macam xsabar pulak nak balik rumah, nak selesaikan apa yang patut. Kesian kat parents yang kena pikir sume2, kena buat persiapan lagi. Aku kat sini, boleh tolong google2 jela apa yang patut kann, hanya mampu bagi suggestion jelah. Adeii, kesian sangat. Nak tahu majlis apa?tunguu next2 kepada next entry..haha :P

MORAL VALUE OF DIS SETORY: Viva PSM dah nak dekat!!Semoga semua kawan2 termasuklah diri sendiri dipermudahkan urusan. Aminnn (Berdebar!!)

Friday, November 30, 2012

Kerja-kerja

Alhamdulillah, perasaan mahu update belog tiba-tiba datang. Sehari dua yang lepas kau mengantuk segala bagai kan, harini susah pula perasaan nak tido tu datang..haish! Update belog la jawabnya pagi-pagi bute ni. Hokeylah, bulan Disember bakal menjelma, ini bermakna makin dekatlah nak menjalani sisa-sisa hidup di UMP terchenta ini. Banyak jugalah kerja yang perlu dipikirkan. Hadoii, sabar-sabar yer awak semua, kita redah kasi settle semua. Dimulakan dengan Bismillahirohmanirrohim.

Desktop yang penuh dengan reminder!

Selain ini semua, ada lagi yang perlu di pikirkan. Planning dah ada, cuma tak tahu bila boleh di realisasikan. Hmm, apakah itu...??rahsia kerajaan. Ok, daa ^_<

MORAL VALUE OF DIS SETORY: Kerja banyak, tapi jalan macam siput sedut!bila nak siap?!

Sunday, November 25, 2012

Tukar

Alhamdulillah, baru sekarang dapat buat entry baru setelah bertungkus lumus fight dengan perasaan malas!Bukak belog, xtahu nak update pasal apa, so tukar baju belog jelah (xdok pekdah!!). Masih lagi menggunakan tema warna-warni, warnailah hidup anda dengan warna-warni, hoyeahh! =,="" Ok, berbalik kepada cerita sebenar. Sekarang ni dah hampir sampai ke kemuncak semester 7, bermakna hanya tinggal 1 sem je lagi untuk tamatkan pengajian. Perasaan? Kesedihan dalam kegembiraan.

Kami adik beradik Biotech FIST (token utk tuan kamera, BEAH)

Tak mau membebel panjang2. Ucapan sayer, semoga kami semua (1st Batch Industrial Biotechnology) berjaya tamatkan pengajian dengan jayanya. Oppss, bajet bagi ucapan melalui radio puleks. Dan final year ni, banyak kerja mesti di siapkan:

      * Labwork (status: done!)
      * Thesis (status: gerak macam kure-kure ngengsot)
      * Esimen (status: gerak macam kembar kure-kure)
      * Cari tempat LI (status: in progress)
      * Presentation (status: xtahu)
      * Tarikh kawin (hokey, xde kena mengena!)

MORAL VALUE OF DIS SETORY: Bersabarlah dengan segala ujian & kesusahan yang diberkan olehNYA. In Shaa Allah, kelak pasti datang kemudahanya.

Thursday, August 2, 2012

JJ Kimbab


    Tetibe pulak nak buat review pasal JJ Kimbab bulan2 pose nih, saje je kan!Kui3. JJ Kimbab ni adalah sebuah restoren yang menghidangkan makanan Korea yang terletak di Jalan Beserah Kuantan. Punyelah sebelum pergi ini restoren, aku siap search dalam youtube lagi macamana nak buah topokki (rice cakes). Motif??sebabnye aku suke buat sendiri sebenarnye makanan yang aku gile2 addicted. Bile dah craving sesuatu makanan, ak akan belajar macamana nak masak makanan ituh -This is my style-. Tunggu rajin or malas jer nak buat. Yela kan, kalau dah mengidam nak makan tu, xkan setiap mase nak g beli kan...itulah haku..hoho.
    Berbalik kepada cerita JJ Kimbab, ak tgok youtube cara nak buat topokki sebab ak takut bile dah g makan sane, ak suke dgn rase topokki tu. Akan tetapi........jengjengjeng.......

    Baru makan seketul, ak dah surrender dah..kuam3. Haa, sebelum g, bukan main ko pakse org nak g makan sane kan. Kononnye xsabar la kan nak g makan sbb nampak sedap. Hokeh, maaf kepada yang telah terpakse pergi, free2 ak kene lectur dlm keta...(oder tapi xhabis,membazir...korea lah sgt..potpet2) +_+"

Hokeylah..ini antara menu yang aku try:

Topokki

Beef Rice

Untuk Beef Rice korang akan dpt 3 side dish tersebut beserta sup rumpai laut

Banana yougurt (sgtlah2 berkrim!)

Apple yougurt (juga sgt2 berkrim)

Pinggan2 berharga ini adalah bila korang order kimbab (kalau xsilap aku lah). Korang boleh pilih nak kimbab yang harga berapa (kot!)

Sume2 ni berharga dalam RM 40++ untuk 2 jenis menu n minuman. Agak mahal disitu sebab kitorang sampai sane 5 minit after lunch hours...sobsss. Nak jimat, kenala datang time lunch yer. Berbaloi2!huhu

MORAL VALUE OF DIS SETORY: Untuk menu2 di atas, yang paling memang xboleh masuk perot ak adalah sup rumpai laut!bau dia pon ak da surrender dah!tabole tabole!

Wednesday, August 1, 2012

Salam Ramadhan

   Masih belum terlambat lagi kan untuk aku mengucapkan Salam Ramadhan kepada semua sahabat-sahabatku di luar sana. Alhamdulillah, kita semua masih diberi peluang untuk bernafas dan merasai nikmat Ramadhan pada tahun ini. Maaf ini dah Ramadhan hari ke 11, baru nak post ke cik kak?? :P

    Ramadhan pada tahun ini sangatlah special kerana terpaksa mengharungi pelbagai dugaan. Tapi xpe, itu tandanya Allah masih sayangkan hamba2Nya. Dugaan diberi untuk menyapa hambaNya supaya tidak sesekali lalai terhanyut dengan donia semata2 dan mengajar kita erti bersyukur kepadaNya atas nikmat yang diberi selama ini. Jangan mengeluh, sesungguhnya di dalam kesusahan itu terdapat juga kesenangan sebenarnya :) Salam Ramadhan (^^)


MORAL VALUE OF DIS SETORY: oh! bersawang giles ini belog...last hupdate bulan May yang lepas hokeh!Bravo2...!!

Thursday, May 17, 2012

Miang

Miang-miang daun keladi! (daun keladi miang eh..??) huhu, ntohler yer. Entry kali ni berkisar tentang serangan miang, dah lame dah xterkena serangan ni. Harini tergatal tangan pulak nak bukak tagged. Pastu ade beberapa fren request yang xberapa nak fren sgtla kan n memandangkan ak xaktif sgt bende alah ni, so dgn konfidennye ak mengaprove request2 itu. Then, tibe2 di tegurlah oleh seorang hamba ALLAH ni. Dah macam haper da ayatnye n aku pulak sengal jugak membalasnye. Tiba2!......................teeeettttt! hamek koo! suke2 anak laki bini dye je nak pnggil org syg! Bila cek profilenye, umo dh 32! hmmmm, awan kotak fikiran dah mule naik dah atas kepala ni, adekah dye seorang *******??haaa, korang pikirlah sdri :P
No..no..no...think positive!positive!ermm...maapla yer, dah xbole nak positif mane da ni. Gambar dibwah sebagai buktinye. Hati2 jika anda di add oleh orang sebegini rupe!


MORAL VALUE OF DIS SETORY: Yesssss! akhirnya terupdate jgk blog bersawang ni walaupun dgn entry yang xberapa nak menarik :P (perasannyela dikau yer, mcmla entry2 dikau selama ini menarik! *mata ke bawah, tangan ke pinggang* )

Sunday, April 15, 2012

Kemahiran Lembut

Alhamdulillah, setelah 2 hari menjalani talk kemahiran lembut ataupun dalam bahase mat salleh nyer soft skills, akhirnya tamat juge subjek ini untuk semester ini. So, tunggu jelah yer keputusannya sama ada kompeten ataupun tidak kompeten, harap2nya lulus dengan jayanya lah (plissss3!)




Ok, xnak cite panjang, sepanjang talk tu, ada sepotongan ayat yang sangat2 menarik perhatian aku! (means that im not sleepy taw bile dengar orang meng'lecture'kan aku! tangan ke pinggang, mata ke atas..huaaah3).
Ayatnya berbunyi lebih kurang camni:


"Jangan pernah mendengar kata-kata orang yang mempunyai kecenderungan berfikiran negatif dan pesimis kerana mereka akan mengambil sebahagian besar dari impianmu" - Ir. Che Mohammad Nizam

Dengan quote ni, tiba2 aku rasa inilah kata2 semangat yang aku sangat perlukan selama ni dalam hidupku. Kenapa?? Sebabnya, aku ni jenis senang jugakla nak terpengaruh dengan kata2 orang bila diri dah rase tak berapa konfident. Sebagai contohnya, apabila nak buat sesuatu presentation n bila cabut undian dapat jadi 1st presenter!mak aihhh, memang muke aku tahap redhooo tersangatlah kan dan aku cuba meng"up"kan level of confident dalam diri tetapi pada masa yang sama, ada orang2 yang suka berfikiran pesimis ni pun bersuara lah "habislah kau dapat 1st presenter, kalau aku jadi kau, memang xtido malamlah, cuak beb!"

Dengan kata2 sebegitu, level konfident ak yang baru merangkak nak naik ni akan merundum jatuh seperti durian runtuh la kan. Aku rasa korang2 pun mesti sama sepisis jer dengan aku kan. Yelah kan, manusia ni xjauh beza. Aku pon kadang2 pernah gak meng"negatifkan"kan pikiran orang...muahahah. 

MORAL VALUE OF DIS SETORY: So, pengajarannya, ak xnak lagi bersikap seperti ituh dan aku nak jadikan quote tu sebagai prinsip idop aku!Ko ader?aku aderrr.

Thursday, April 5, 2012

Wanita

   Sudah bersawang rupenye belogsepot ak ni, padanla dgn name laman sesawang (ye ke idok eja cmtu?belasah jele) :P
   Hokey, kat sini ak xnak m'stresskan belogku dengan cerita psl PSM. Cukop2 lah ak sorang yang stress (redhoo). Back to the main point, sebenarnya ak nak bercerita dan kongsikan dengan semua tentang sebuah buku ni, yang ak dapat FREE!(Guna baucer, memanglah FREE kan!hehe).

"Berbahagialah Wahai Wanita"

   Inilah bukunya, actually buku ni adalah soal jawab agama bersama Ustaz Kazim Elias. Seswai sangat dibaca oleh kaum2 wanita yang sudah berumah tangga mahupun bakal berumah tangga seperti sayer..muehehe. Ak tertarik dengan soalan yang di ajukan kepada ustaz daripada seorang lelaki berstatus suami yang telahpun mendirikan rumah tangga selama 20 tahun tetapi sehingga sekarang masih belum dapat memahami perangai isterinya. Hmmm..agak2 korang apekah jawapan ustaz yang juga sebagai seorang lelaki??
......................................||||||||||||..........................................
Beginilah jawapannya:

Wanita memang susah difahami. Terutama mengenai perangai mereka yang selalu berubah-ubah. Ustaz pernah dihadiahkan sebuah buku berjudul "Everything Men Know About Women" oleh Dr. Alan Francis. Akan tetapi setiap helaian buku tersebut adalah kosong tanpa tulisan sehinggalah muka surat terakhir terdapat kata2 hikmah yang berbunyi lebih kurang camni " Dear men, don't try to understand them (women), just love them". Rupa2nya buku tu memang sengaja dicetak kosong. Mesej hendak disampaikan ialah, kaum lelaki tidak akan faham jiwa seorang wanita selamanya, dan pasti tidak mampu memahami mereka.

Ulasan ak, memang benar kaum wanita ni susah untuk difahami, bukan setakat lelaki, kadang2 wanita sendiri pun xfaham sesama mereka. Yang lebih sadisnya lagi kalau wanita tu sendiri xfaham dengan diri sendiri seperti ak (sadis bukan?). Kadang2 juga hal sebesar kuman pun boleh jadi isu sampaikan mahu bermasam2 muka dan tidak bertegur sapa. Benarlah kata orang, wanita ni complicated siket. Dalam bab2 kerja, mahukan yang perfect, agak cerewet disitu. Tetapi apekan daya, ak bersyukur dilahirkan sebagai seorang gegurl. Walaupun orang kata wanita ni susah nak difahami, tapi wanita senang berkawan. Walaupun wanita ni senang nak touching2, tapi bila dah keluar dari "masanya" everything will be okey. Walaupun wanita ni jenis cerewet, tapi at least beliau prihatin tentang apa yang perlu dan tidak perlu dibuat. Walaupun wanita ni jenis suke membebel, tapi percayalah beliau membebel bersebab atas dasar memberi nasihat kepada orang2 yang xberapa nak sedar diri

So, sebagai penutupnya, kepada kaum2 lelaki di luar sana, sayangilah wanita tidak kira ibu, isteri, adik, kakak, makcik, datin dan sebagainya. Usahlah merungut jika wanita2 depan mata anda itu susah untuk difahami. Kamu diciptakan untuk membimbing wanita dan untuk kaum wanita, hargailah insan2 di sekeliling anda.

MORAL OF DIS SETORY: Kadang2 lemah jgk kalau ade yang tiba2 bermasam muka n tidak bertegur sapa tanpa mengetahui apekah puncanya!Lemak juga ya (^^)v

Thursday, January 12, 2012

Selesai

Alhamdulillah...akhirnya selesai juge perjuangan pada sem 5 ni setelah bertungkus lumus berjuang dalam medan-medan perang tersobot:

1) QA and QC
2) ELECTRONIC FOR INSTRUMENT
3) IMMUNOTECHNOLOGY
4) BIOMATERIAL AND BIOMANUFACTURING
5) EXTRACTION AND BIOSEPARATION
6) and the minor Spanish....


Dengan berakhirnya perjuangan ini, bermakna, hanya tinggal lagi 3 sem utk daku menamatkan pengajian!! Harap semuanya berjalan dengan lancar dan sentiasa dipermudahkan urusan olehNYA...amin =)

MORAL VALUE OF DIS SETORY: next sem da start FYP...!!Pengsan...pengsan..pengsan....

Saturday, December 3, 2011

Tips Mengekalkan Kecerahan Kulit



1.Sentiasa gunakan Sunblock Cream setiap hari sekurang-kurangnya. Walaupun ketika cuaca mendung dan juga ketika berada di dalam rumah kerana sinar UV tetap akan dpt menembusi ke dalam rumah melalui tingkap kaca. Sekiranya bekerja d luar yg terdedah pd cahaya matahari, gunakan sunblock SPF50.

2. Sapukan sunblock selepas setiap 2 -3 jam jika kita sentiasa berjemur untuk perlindungan yang lebih     berkesan.

3.  Elakkan dari berjemur di bawah panas matahari walaupun kita menggunakan krim penghadang matahari.  Jika cuaca terlalu panas, gunakan payung untuk mengelakkan panahan sinar matahari terus pada wajah.

4. Jangan merokok, amalkan diet yang seimbang, kurangkan stress dan tidur mengikut waktu at least 6 jam sehari.  Kerana perkara2 tersebut boleh menyumbang kepada terbentuknya radikal bebas di dalam tubuh yang berlebihan.  Dan ini akan menggalakkan penghasilan melanin yang berlebihan.

5.  Dapatkan rawatan wajah (facial) sekurang-kurangnya sekali sebulan untuk memperbaiki peredaran darah pada wajah dan pembuangan sel kulit mati serta toksin.

6.  PALING PENTING: jangan lupa untuk mencuci wajah setiap malam & ingatlah bahawa tiada produk pencerah yang akan berkesan tanpa krim penghadang matahari (Sunblock Cream).

(SUMBER: FCUMIRACLE)

Tips Cara Makan Yang Sihat

Berikut adalah tips-tips cara makan yg sihat :
  • Makan yang terbaik adalah sebelum maghrib ketika matahari masih ada.
  • Jangan makan terlalu kenyang kerana nisbah makanan dalam perut adalah 1/3 sahaja. Perut perlu menampung 1/3 makanan, 1/3 air dan 1/3 udara.
  • Elakkan makan di tengah malam.
  • Jangan makan buah selepas makan. Makan buah sebelum makan kerana dapat membantu penghadaman.
  • Makan sewaktu lapar, berhenti sebelum kenyang.
  • Di tangan kanan kita mengandungi 18 enzim penghadaman. Jadi makanlah menggunakan tangan.
  • Minum air suam/air kosong bersih sejam sebelum makan dan sejam selepas makan.Elakkan dr minum air ais supaya perut tidak mudah buncit.
  • Makan hanya 1 lauk saja. Jika makan ikan, ikan saja. Jangan campur ikan, daging, ayam dsb.Banyakkan makan sayur dan ulam.
  • Kuantiti makanan berasaskan haiwan perlu dikurangkan dan di sebaliknya pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan perlu dipertingkatkan. Kacang tanah, biskut, coklat, dan seumpamanya harus dielakkan termasuk seafood,belacan,telur dan segala makanan yg alah dengan resdung.
  • Minum 2 hingga 2 1/2 liter air bersih setiap hari, iaitu sekali setiap dua jam. Selepas minum, seseorang itu perlu kencing dan ini perlu dilakukan 8 - 10 kali setiap hari. Air yang diminum dan dikeluarkan haruslah dalam nisbah 1:0. Dengan lain perkataan, hampir kesemua air yang diminum mesti dikeluarkan.
  • Setiap kali selepas makan,amalkan berjalan 100 langkah supaya makanan yg dimakan cepat dihadamkan dan dpt mengelakkan perut buncit.Jangan terus duduk atau terus tidur selepas makan.

Friday, December 2, 2011

Bahaya Kurang Tidur


Menurut kajian Universiti Warwick menunjukkan mereka yang tidur kurang enam jam sehari dan terganggu berisiko 48 peratus menghidap atau meninggal dunia akibat sakit jantung dan 15 peratus risiko menghidap atau mati akibat serangan angin ahmar. Amalan tidur lewat dan awal pagi sebenarnya umpama bom jangka kepada kesihatan. Jadi, bertindak sekarang untuk mengurangkan risiko menghidap penyakit membahayakan nyawa seperti itu, kata penulis bersama kajian, Profesor Francesco Cappuccio.

Lelaki berusia lebih 65 tahun yang kurang tidur nyenyak yang cukup berisiko tinggi mendapat tekanan darah tinggi, menurut kajian terbaru Fakulti Perubatan Harvard.Kajian ke atas 784 pesakit, yang disiarkan dalam jurnal Hypertension, mendapati mereka yang kurang mendapat tidur nyenyak berisiko 83 peratus mendapat penyakit itu berbanding yang tidur nyenyak yang panjang. Tekanan darah tinggi meningkatkan risiko serangan jantung, angin ahmar dan masalah kesihatan lain.

Kurang tidur menyebabkan tekanan pada tubuh, memaksa jantung berdegup lebih pantas, kata pakar. Namun tidur yang terlalu panjang, lebih sembilan jam, mungkin juga menjadi petanda kepada penyakit termasuk kardiovaskular.
Satu kajian ke atas 472 pesakit obes, yang disiarkan dalam International Journal of Obesity, membabitkan peserta memakan 500 kurang kalori setiap hari, disertai senaman kebanyakan hari. Mereka yang tidur terlalu pendek atau terlalu lama kurang kehilangan berat badan dalam tempoh enam bulan.

Kenapa kita perlu tidur seawal yg boleh dan mencukupi?

9pm - 11 pm
- Adalah masa untuk menghapuskan bahan kimia toksik yang tidak diperlukan (detoksifikasi) dari sistem antibodi (nodus limfa). Tempoh masa ini perlu dihabiskan dengan berehat atau mendengar muzik.

11pm - 1 am
- Adalah proses detoksifikasi di dalam hati,dan ia harus dilakukan dalam keadaan tidur yang amat lena.Disebabkan kekerapan tidur lewat melebihi tempoh ini,jerawat anda juga mudah keluar di pipi kiri.

1am - 3 am
- Proses detoksifikasi di dalam hempedu, juga ideal dilakukan dalam keadaan tidur yang amat lena.

3am - 5 am
- Detoksifikasi di dalam paru-paru. Oleh itu kadang-kadang akan batuk yang teruk bagi penghidap batuk pada masa ini. Oleh kerana proses detoksifikasi telah mencapai saluran pernafasan, tidak perlu untuk mengambil ubat batuk supaya tidak mengganggu proses penyingkiran toksin.Disebabkan kekerapan tidur lewat melebihi tempoh ini,jerawat anda juga mudah keluar di pipi kanan.

5am - 7 am
- Detoksifikasi di dalam kolon, anda perlu mengosongkan usus anda.

Pagi 7 - 9:00:
- Penyerapan nutrien dalam usus kecil.Anda perlu mempunyai sarapan pagi sebelum masa. Sarapan harus lebih awal, sebelum 6:30 pagi, bagi orang-orang yang sakit. Sarapan Pagi sebelum 7:30 pagi adalah yg terbaik untuk orang-orang yg sihat. Orang-orang yang selalu skip sarapan pagi, mereka perlu mengubah tabiat mereka, dan selewat-lewatnya untuk sarapan pagi adalah antara 9 - 10:00 pagi.

Tidur lewat dan bangun terlalu lewat akan mengganggu proses membuang bahan kimia yang tidak perlu. Selain daripada itu, tengah malam sehingga 4:00 pagi masa apabila sumsum tulang menghasilkan darah. Oleh itu,haruslah mempunyai tidur yang baik dan tidak tidur lewat.

(SUMBER: FCUMIRACLE)

Khasiat Jambu Batu


Tahukah korang, jambu batu adalah buah yang paling berkhasiat bagi membekalkan vitamin dan mineral kepada tubuh kite??Kalau xtaw, meh sini ceq habaq mai noh :P

Antara khasiat2 jambu batu adalah:
  • Efektif menurunkan paras kolesterol dalam darah manusia dan amat bagus sekiranya dimakan setiap hari.
  • Kita digalakkan supaya mengambil jambu batu sebanyak 400 gram sehari iaitu sebiji setengah selama empat minggu utk mendapat kesan yg baik.
  • Perlu dimakan bersama kulit-kulitnya sekali kerana ia mengandungi khasiat yang tinggi.
  • Sesuai diambil untuk amalan diet seimbang terutama bagi mereka yang mengalami masalah berat badan.
  • Boleh mengurangkan kolesterol iaitu 18.8 peratus dalam masa seminggu tetapi pesakit mestilah mengambil buah jambu batu setiap hari bagi memastikan keberkesanannya.
  • Boleh membantu memperbaiki tekstur kulit dan mengelakkan masalah kulit (kesannya lebih baik dr krim-krim kecantikan boleh lakukan).
  •  Dipercayai mempuyai sumber vitamin C yang tinggi didalam bentuk asid askorbik.
  • Ia mengandungi 3 hingga 6 kali lebih banyak vitamin C berbanding dengan buah oren, 10 - 30 kali lebih banyak berbanding dengan pisang, dan kira-kira 10 kali lebih banyak berbanding dengan buah betik.
  • Didapati mengandungi jumlah fosforus dan Kalsium yang sederhana dan juga sedikit besi, kalium dan natrium.
  •  Mengandungi 74-87% kelembapan, 13-26% bahan kering, 0.5-1% abu, 0.4-0.7% lemak mentah dan 0.8-1.5% protein mentah.

TIPS: Utk turunkan berat badan secara sihat anda boleh campurkan apple cider vinegar dlm jus jambu batu. Rasanya mmg sedap. Lebih sedap lg jika jambu batu + carrot dijadikan jus + apple cider!! ^_____^

Sunday, October 23, 2011

Malas

Suda sekian lamanya belog ini x di hupdate! Majikan busy sgtlah skg (lah sangaaatt...). Padahal kemalasan melanda diri ini (phewwww...). OK, itu sahaja, sekian :))

MORAL VALUE OF DIS SETORY: Nk hupdate mende ni, kne tunggu seru dulu...ha8

Monday, August 29, 2011

Akhirnya

     Alhamdulillah, setelah dekat sebulan ak xdapek nk sign in blog ni, akhirnya malam raya jugek den ttbe dpt masuk balek! Setelah penat "mengehel". Pelik a/p Benar sguh la. Mogok ke hape ni. Nak buat entry sal menyambut Ramadhan pon xley..sob..sob..

     So, di kesempatan ini, saya Hajar Rasdi @ Cik Ha @ Cik Huhu ingin mengucapkan selamat menyambut Syawal kepada semua sahabat2 di luar sana. Maaf Zahir & Batin ye!

Daah!tu je entry seringkas2 nya pada malam raya ni..kui2..



MORAL VALUE OF DIS SETORY: Jgnlah lame sgt xupdate entry ye Cik Ha! kn die dh mogok! hmm

Monday, July 25, 2011

Bercelaru

Harini ak rase hari Selasa...huhu. Tapi itu bukan isi2 penting tajuk harini..kuam3. Harini pikiranku sedikit bercelaru tanpa sebab musabab. Rase diri ini sangat2 lah hina di sisiNYA. Bila berpikir selame hampir 21 taon hidup dgn nikmatnya yang melimpah ruah, kadang2 kita lalai. Kita lalai ber'backup'kan dunia semata. Bila bace paper, sana sini berita tentang keruntuhan moral dalam kalangan remaja2 kita sekarang. Kadang2 timbul pulak perasaan "malas la nk bace paper harini"..huhu. Sedih, marah, kecewa, sumenya ada. Bukan mahu mengatakan diriku sempurna, berlagak baik. Diriku juga telah banyak buat dosa, lalai kadang2 nye. Tapi, marilah kita sama2 muhasabah diri. Hidup d dunia ni hanyalah sementara. Sebelum bala besar menimpa kita semua, marilah kita sama2 pikir, siapa kita d sisiNYA. Pilihan terletak d tangan kita.

MORAL VALUE OF DIS SETORY: Sekadar luahan diri ini yang sangat kerdil d sisiNYA dan selalu alpa dgn keseronokan dunia semata2.

Wednesday, July 6, 2011

Kisah d Teluk Cempedak

Sebelom btolak balek Kelantan pagi td, ak ng famly sempat agy singgah kt TC sbb mama nk shopping sket. Bile sampai sane, kitorang pon masukla kt satu kedai ni milik pasangan warga emas..huhu. Mase tgh memilih seluar tu, mama n makcik tu pon borak2 la. Antara dialog beliau2 adelah:

Makcik: Ni dtg dr mane sebenanye?
Mama: Dari Kota Bharu, dtg anto anak dpt smbung blaja kt Kolej Komuniti sini.
Makacik: Ank yg ni ker?? (sambil menunjukkan jari kpd ku)
Mama: Eh, xla. Adik dye, yg ni da blaja kt Ump.
Makcik: Haa??(Sambil membeliakkan mata kpd ku sbb terkejot...ak pon xphm knp makcik tu terkejot bile mama ckp cmtu)
Makcik: Ya Allah, mudenye da masok U! Mule2 makcik tgk td igtkan darjah 6 baru, kecik,comel. Alhamdulillah la, da masok U rpenye. Da taon brape??
Aku: Da nk masok taun 3 da. (sambil sengih2 n lam hati berkata2 "muke ak muke bdk drjah 6 ke?????")
Mama: Dye pas SPM dulu, dpt masuk matrik n tu yg dpt smbung kat Ump lak.
Makcik: Makcik ingat ank ni darjah 6 baru, xsangke...(dgn reaksi excited)
Mama: Xla, da umo 21 da pun.
Makcik: Owh, xdpat menantu lagi la yer??
Mama: Belom lgi, yg tu xpela kemudian2, still blaja lagi sume.
Makcik: A'ahh, yela kn, tgu abes blaja dulu la kn. (dgn senyuman sambil letak brg2 yg mama beli dlm plastik)
Aku: ?????


P/S: Oo..hoo..hoii....ak bdk darjah 6 weyh!Aku xpecaye!Ohh, tidak...huhu...awet mude sunggoh la cmtu :P

Sunday, July 3, 2011

Rindu PLKN

     Bile tgk gambo2 PLKN dulu lam album membe rase tsangat3 lah rindu. Saye rindu kehidupan saye dgn penuh disiplin di sana (wat tubek ayt skema skali deh), wlaupon mule2 g sane stiap hari saye nanges..wekkk!

     Aku berangkat g kem pilihan "penaja" pada 19 Mac 2008 utk Siri ke 5/Kumpulan 2 d Kem Dusun Minda Resort Kuala Nerang, Kedah. Walaupon mule2 g sane mmg xdek kwn lgsung, tp bile da smpai sane mmg bkwan 1 kem la kn..huhu.

     Ni adelah tmpat tdo kitorang, kt kem ni spesel sket cz pelatih xtgl lam dorm. Kitorang duk mcm ala2 chalet ataupun dipanggil kotej. 1 kotej 6 org (4 Melayu, 1 Cina, 1 India).

Ni la kdaan kwsan kotej kitorang, yg tmpt dinding wane putih dpn kotej tu adelah bilik mandi yg sentiase d kongsi bersame2 n slalu xde air :P

Jadual kitorang kt sane mmg padat lah. Xde maknenye nk lepak2 suke2 ati, nti kene dende. Kitorang mmg d treat sjibik cm askar la kn tp ala2 lembut sketla. Seingat ak jadual kitorang cmni stiap hari kcuali hri minggu.

5.30pg : Bgn tdo, mandi, solat Subuh
6.15pg: Masuk barisan, kawad, nynyi lagu Negaraku n PLKN, senamrobik
7pg: Sarapan pagi n sape yg lom mndi bulehla mndi :P
8pg: Masuk barisan n kawad, ble jurulatih da puas ati brulah buleh masok klas
10pg: Minum pagi
10.30pg: Masok klas balek, sape lambat masok, konpem kene dende!
12tgh: Mkn tengahari n rehat
2ptg: Kawad lagi d tgh panas ng baju pom yg agak panas..huhu
4.30ptg: Minum ptg, rehat
5ptg: Aktiviti lasak (kembara halangan)
6.30ptg: Rehat, makan malam
7ptg: Masuk barisan n kawad lagi sebelom masuk surau
7.30mlm: Masuk surau, solat berjemaah n kuliah agama
9mlm: Kawad lagi sebelom masuk dewan utk dgar pesanan jurulatih2
10.30mlm: Minum malam
11mlm: Bersedia utk mnjd mak guard pas lapor diri kt jurulatih, law bkn turn kite, buleh la tdo ng nyenyaknye, sape xtdo kne dende :P

     Begitulah serba sedikit sal jadual khidupan kitorang, mmg law bkn turn kotej kite utk jd mak guard mmg alhamdulillah la, tp law turn kite, mmg nanye sket. Tp ak n da geng jgn arapla kn nk jd mak guard, pas siap pakai bju celoreng n lapor diri kt jurulatih smbil buat2 bsemangat, pas balik kotej, borak2 sket trus lentok smpai pagi ng baju tu skali. Pagi esok senang, bgn2 je ng muke xbsalah, g lapor diri lg kt jurulatih ckp smlam ok je, xde pape yg blaku...hahaha (pecoh rhsier :P)

Ni adelah salah satunye tmpat kitorang wat aktiviti lasak. Kene pakse terjun lam paya ni utk wat water confident sebelom berkayak. Ak x ok kt tmpat2 gini, ak tsgtlah takot air wlaupon pakai safety jaket  n ttbe kne wt mende ni. Meraung ler kn bile duk lam ni n then ak kne marah kaw2 ng jurulatih. Beliau telah memekik d telinge ak, seb bek xpekak...huhu. Ak sorang je yg jenis cmtu n tpkselah menebalkn muke sbb kne mrh kaw2 dpn membe len..huhu.

Ni adelah gmbar2 kenangan d sana. Abaikn mukeku jika npk ad perubahan :P