1.Sentiasa gunakan Sunblock Cream setiap hari sekurang-kurangnya. Walaupun ketika cuaca mendung dan juga ketika berada di dalam rumah kerana sinar UV tetap akan dpt menembusi ke dalam rumah melalui tingkap kaca. Sekiranya bekerja d luar yg terdedah pd cahaya matahari, gunakan sunblock SPF50.
2. Sapukan sunblock selepas setiap 2 -3 jam jika kita sentiasa berjemur untuk perlindungan yang lebih berkesan.
3. Elakkan dari berjemur di bawah panas matahari walaupun kita menggunakan krim penghadang matahari. Jika cuaca terlalu panas, gunakan payung untuk mengelakkan panahan sinar matahari terus pada wajah.
4. Jangan merokok, amalkan diet yang seimbang, kurangkan stress dan tidur mengikut waktu at least 6 jam sehari. Kerana perkara2 tersebut boleh menyumbang kepada terbentuknya radikal bebas di dalam tubuh yang berlebihan. Dan ini akan menggalakkan penghasilan melanin yang berlebihan.
5. Dapatkan rawatan wajah (facial) sekurang-kurangnya sekali sebulan untuk memperbaiki peredaran darah pada wajah dan pembuangan sel kulit mati serta toksin.
6. PALING PENTING: jangan lupa untuk mencuci wajah setiap malam & ingatlah bahawa tiada produk pencerah yang akan berkesan tanpa krim penghadang matahari (Sunblock Cream).
(SUMBER: FCUMIRACLE)

