Friday, December 2, 2011

Khasiat Jambu Batu


Tahukah korang, jambu batu adalah buah yang paling berkhasiat bagi membekalkan vitamin dan mineral kepada tubuh kite??Kalau xtaw, meh sini ceq habaq mai noh :P

Antara khasiat2 jambu batu adalah:
  • Efektif menurunkan paras kolesterol dalam darah manusia dan amat bagus sekiranya dimakan setiap hari.
  • Kita digalakkan supaya mengambil jambu batu sebanyak 400 gram sehari iaitu sebiji setengah selama empat minggu utk mendapat kesan yg baik.
  • Perlu dimakan bersama kulit-kulitnya sekali kerana ia mengandungi khasiat yang tinggi.
  • Sesuai diambil untuk amalan diet seimbang terutama bagi mereka yang mengalami masalah berat badan.
  • Boleh mengurangkan kolesterol iaitu 18.8 peratus dalam masa seminggu tetapi pesakit mestilah mengambil buah jambu batu setiap hari bagi memastikan keberkesanannya.
  • Boleh membantu memperbaiki tekstur kulit dan mengelakkan masalah kulit (kesannya lebih baik dr krim-krim kecantikan boleh lakukan).
  •  Dipercayai mempuyai sumber vitamin C yang tinggi didalam bentuk asid askorbik.
  • Ia mengandungi 3 hingga 6 kali lebih banyak vitamin C berbanding dengan buah oren, 10 - 30 kali lebih banyak berbanding dengan pisang, dan kira-kira 10 kali lebih banyak berbanding dengan buah betik.
  • Didapati mengandungi jumlah fosforus dan Kalsium yang sederhana dan juga sedikit besi, kalium dan natrium.
  •  Mengandungi 74-87% kelembapan, 13-26% bahan kering, 0.5-1% abu, 0.4-0.7% lemak mentah dan 0.8-1.5% protein mentah.

TIPS: Utk turunkan berat badan secara sihat anda boleh campurkan apple cider vinegar dlm jus jambu batu. Rasanya mmg sedap. Lebih sedap lg jika jambu batu + carrot dijadikan jus + apple cider!! ^_____^

No comments:

Post a Comment

Conteng sajalah: