Thursday, April 5, 2012

Wanita

   Sudah bersawang rupenye belogsepot ak ni, padanla dgn name laman sesawang (ye ke idok eja cmtu?belasah jele) :P
   Hokey, kat sini ak xnak m'stresskan belogku dengan cerita psl PSM. Cukop2 lah ak sorang yang stress (redhoo). Back to the main point, sebenarnya ak nak bercerita dan kongsikan dengan semua tentang sebuah buku ni, yang ak dapat FREE!(Guna baucer, memanglah FREE kan!hehe).

"Berbahagialah Wahai Wanita"

   Inilah bukunya, actually buku ni adalah soal jawab agama bersama Ustaz Kazim Elias. Seswai sangat dibaca oleh kaum2 wanita yang sudah berumah tangga mahupun bakal berumah tangga seperti sayer..muehehe. Ak tertarik dengan soalan yang di ajukan kepada ustaz daripada seorang lelaki berstatus suami yang telahpun mendirikan rumah tangga selama 20 tahun tetapi sehingga sekarang masih belum dapat memahami perangai isterinya. Hmmm..agak2 korang apekah jawapan ustaz yang juga sebagai seorang lelaki??
......................................||||||||||||..........................................
Beginilah jawapannya:

Wanita memang susah difahami. Terutama mengenai perangai mereka yang selalu berubah-ubah. Ustaz pernah dihadiahkan sebuah buku berjudul "Everything Men Know About Women" oleh Dr. Alan Francis. Akan tetapi setiap helaian buku tersebut adalah kosong tanpa tulisan sehinggalah muka surat terakhir terdapat kata2 hikmah yang berbunyi lebih kurang camni " Dear men, don't try to understand them (women), just love them". Rupa2nya buku tu memang sengaja dicetak kosong. Mesej hendak disampaikan ialah, kaum lelaki tidak akan faham jiwa seorang wanita selamanya, dan pasti tidak mampu memahami mereka.

Ulasan ak, memang benar kaum wanita ni susah untuk difahami, bukan setakat lelaki, kadang2 wanita sendiri pun xfaham sesama mereka. Yang lebih sadisnya lagi kalau wanita tu sendiri xfaham dengan diri sendiri seperti ak (sadis bukan?). Kadang2 juga hal sebesar kuman pun boleh jadi isu sampaikan mahu bermasam2 muka dan tidak bertegur sapa. Benarlah kata orang, wanita ni complicated siket. Dalam bab2 kerja, mahukan yang perfect, agak cerewet disitu. Tetapi apekan daya, ak bersyukur dilahirkan sebagai seorang gegurl. Walaupun orang kata wanita ni susah nak difahami, tapi wanita senang berkawan. Walaupun wanita ni senang nak touching2, tapi bila dah keluar dari "masanya" everything will be okey. Walaupun wanita ni jenis cerewet, tapi at least beliau prihatin tentang apa yang perlu dan tidak perlu dibuat. Walaupun wanita ni jenis suke membebel, tapi percayalah beliau membebel bersebab atas dasar memberi nasihat kepada orang2 yang xberapa nak sedar diri

So, sebagai penutupnya, kepada kaum2 lelaki di luar sana, sayangilah wanita tidak kira ibu, isteri, adik, kakak, makcik, datin dan sebagainya. Usahlah merungut jika wanita2 depan mata anda itu susah untuk difahami. Kamu diciptakan untuk membimbing wanita dan untuk kaum wanita, hargailah insan2 di sekeliling anda.

MORAL OF DIS SETORY: Kadang2 lemah jgk kalau ade yang tiba2 bermasam muka n tidak bertegur sapa tanpa mengetahui apekah puncanya!Lemak juga ya (^^)v

No comments:

Post a Comment

Conteng sajalah: