Friday, November 30, 2012

Kerja-kerja

Alhamdulillah, perasaan mahu update belog tiba-tiba datang. Sehari dua yang lepas kau mengantuk segala bagai kan, harini susah pula perasaan nak tido tu datang..haish! Update belog la jawabnya pagi-pagi bute ni. Hokeylah, bulan Disember bakal menjelma, ini bermakna makin dekatlah nak menjalani sisa-sisa hidup di UMP terchenta ini. Banyak jugalah kerja yang perlu dipikirkan. Hadoii, sabar-sabar yer awak semua, kita redah kasi settle semua. Dimulakan dengan Bismillahirohmanirrohim.

Desktop yang penuh dengan reminder!

Selain ini semua, ada lagi yang perlu di pikirkan. Planning dah ada, cuma tak tahu bila boleh di realisasikan. Hmm, apakah itu...??rahsia kerajaan. Ok, daa ^_<

MORAL VALUE OF DIS SETORY: Kerja banyak, tapi jalan macam siput sedut!bila nak siap?!

Sunday, November 25, 2012

Tukar

Alhamdulillah, baru sekarang dapat buat entry baru setelah bertungkus lumus fight dengan perasaan malas!Bukak belog, xtahu nak update pasal apa, so tukar baju belog jelah (xdok pekdah!!). Masih lagi menggunakan tema warna-warni, warnailah hidup anda dengan warna-warni, hoyeahh! =,="" Ok, berbalik kepada cerita sebenar. Sekarang ni dah hampir sampai ke kemuncak semester 7, bermakna hanya tinggal 1 sem je lagi untuk tamatkan pengajian. Perasaan? Kesedihan dalam kegembiraan.

Kami adik beradik Biotech FIST (token utk tuan kamera, BEAH)

Tak mau membebel panjang2. Ucapan sayer, semoga kami semua (1st Batch Industrial Biotechnology) berjaya tamatkan pengajian dengan jayanya. Oppss, bajet bagi ucapan melalui radio puleks. Dan final year ni, banyak kerja mesti di siapkan:

      * Labwork (status: done!)
      * Thesis (status: gerak macam kure-kure ngengsot)
      * Esimen (status: gerak macam kembar kure-kure)
      * Cari tempat LI (status: in progress)
      * Presentation (status: xtahu)
      * Tarikh kawin (hokey, xde kena mengena!)

MORAL VALUE OF DIS SETORY: Bersabarlah dengan segala ujian & kesusahan yang diberkan olehNYA. In Shaa Allah, kelak pasti datang kemudahanya.

Thursday, August 2, 2012

JJ Kimbab


    Tetibe pulak nak buat review pasal JJ Kimbab bulan2 pose nih, saje je kan!Kui3. JJ Kimbab ni adalah sebuah restoren yang menghidangkan makanan Korea yang terletak di Jalan Beserah Kuantan. Punyelah sebelum pergi ini restoren, aku siap search dalam youtube lagi macamana nak buah topokki (rice cakes). Motif??sebabnye aku suke buat sendiri sebenarnye makanan yang aku gile2 addicted. Bile dah craving sesuatu makanan, ak akan belajar macamana nak masak makanan ituh -This is my style-. Tunggu rajin or malas jer nak buat. Yela kan, kalau dah mengidam nak makan tu, xkan setiap mase nak g beli kan...itulah haku..hoho.
    Berbalik kepada cerita JJ Kimbab, ak tgok youtube cara nak buat topokki sebab ak takut bile dah g makan sane, ak suke dgn rase topokki tu. Akan tetapi........jengjengjeng.......

    Baru makan seketul, ak dah surrender dah..kuam3. Haa, sebelum g, bukan main ko pakse org nak g makan sane kan. Kononnye xsabar la kan nak g makan sbb nampak sedap. Hokeh, maaf kepada yang telah terpakse pergi, free2 ak kene lectur dlm keta...(oder tapi xhabis,membazir...korea lah sgt..potpet2) +_+"

Hokeylah..ini antara menu yang aku try:

Topokki

Beef Rice

Untuk Beef Rice korang akan dpt 3 side dish tersebut beserta sup rumpai laut

Banana yougurt (sgtlah2 berkrim!)

Apple yougurt (juga sgt2 berkrim)

Pinggan2 berharga ini adalah bila korang order kimbab (kalau xsilap aku lah). Korang boleh pilih nak kimbab yang harga berapa (kot!)

Sume2 ni berharga dalam RM 40++ untuk 2 jenis menu n minuman. Agak mahal disitu sebab kitorang sampai sane 5 minit after lunch hours...sobsss. Nak jimat, kenala datang time lunch yer. Berbaloi2!huhu

MORAL VALUE OF DIS SETORY: Untuk menu2 di atas, yang paling memang xboleh masuk perot ak adalah sup rumpai laut!bau dia pon ak da surrender dah!tabole tabole!

Wednesday, August 1, 2012

Salam Ramadhan

   Masih belum terlambat lagi kan untuk aku mengucapkan Salam Ramadhan kepada semua sahabat-sahabatku di luar sana. Alhamdulillah, kita semua masih diberi peluang untuk bernafas dan merasai nikmat Ramadhan pada tahun ini. Maaf ini dah Ramadhan hari ke 11, baru nak post ke cik kak?? :P

    Ramadhan pada tahun ini sangatlah special kerana terpaksa mengharungi pelbagai dugaan. Tapi xpe, itu tandanya Allah masih sayangkan hamba2Nya. Dugaan diberi untuk menyapa hambaNya supaya tidak sesekali lalai terhanyut dengan donia semata2 dan mengajar kita erti bersyukur kepadaNya atas nikmat yang diberi selama ini. Jangan mengeluh, sesungguhnya di dalam kesusahan itu terdapat juga kesenangan sebenarnya :) Salam Ramadhan (^^)


MORAL VALUE OF DIS SETORY: oh! bersawang giles ini belog...last hupdate bulan May yang lepas hokeh!Bravo2...!!

Thursday, May 17, 2012

Miang

Miang-miang daun keladi! (daun keladi miang eh..??) huhu, ntohler yer. Entry kali ni berkisar tentang serangan miang, dah lame dah xterkena serangan ni. Harini tergatal tangan pulak nak bukak tagged. Pastu ade beberapa fren request yang xberapa nak fren sgtla kan n memandangkan ak xaktif sgt bende alah ni, so dgn konfidennye ak mengaprove request2 itu. Then, tibe2 di tegurlah oleh seorang hamba ALLAH ni. Dah macam haper da ayatnye n aku pulak sengal jugak membalasnye. Tiba2!......................teeeettttt! hamek koo! suke2 anak laki bini dye je nak pnggil org syg! Bila cek profilenye, umo dh 32! hmmmm, awan kotak fikiran dah mule naik dah atas kepala ni, adekah dye seorang *******??haaa, korang pikirlah sdri :P
No..no..no...think positive!positive!ermm...maapla yer, dah xbole nak positif mane da ni. Gambar dibwah sebagai buktinye. Hati2 jika anda di add oleh orang sebegini rupe!


MORAL VALUE OF DIS SETORY: Yesssss! akhirnya terupdate jgk blog bersawang ni walaupun dgn entry yang xberapa nak menarik :P (perasannyela dikau yer, mcmla entry2 dikau selama ini menarik! *mata ke bawah, tangan ke pinggang* )

Sunday, April 15, 2012

Kemahiran Lembut

Alhamdulillah, setelah 2 hari menjalani talk kemahiran lembut ataupun dalam bahase mat salleh nyer soft skills, akhirnya tamat juge subjek ini untuk semester ini. So, tunggu jelah yer keputusannya sama ada kompeten ataupun tidak kompeten, harap2nya lulus dengan jayanya lah (plissss3!)




Ok, xnak cite panjang, sepanjang talk tu, ada sepotongan ayat yang sangat2 menarik perhatian aku! (means that im not sleepy taw bile dengar orang meng'lecture'kan aku! tangan ke pinggang, mata ke atas..huaaah3).
Ayatnya berbunyi lebih kurang camni:


"Jangan pernah mendengar kata-kata orang yang mempunyai kecenderungan berfikiran negatif dan pesimis kerana mereka akan mengambil sebahagian besar dari impianmu" - Ir. Che Mohammad Nizam

Dengan quote ni, tiba2 aku rasa inilah kata2 semangat yang aku sangat perlukan selama ni dalam hidupku. Kenapa?? Sebabnya, aku ni jenis senang jugakla nak terpengaruh dengan kata2 orang bila diri dah rase tak berapa konfident. Sebagai contohnya, apabila nak buat sesuatu presentation n bila cabut undian dapat jadi 1st presenter!mak aihhh, memang muke aku tahap redhooo tersangatlah kan dan aku cuba meng"up"kan level of confident dalam diri tetapi pada masa yang sama, ada orang2 yang suka berfikiran pesimis ni pun bersuara lah "habislah kau dapat 1st presenter, kalau aku jadi kau, memang xtido malamlah, cuak beb!"

Dengan kata2 sebegitu, level konfident ak yang baru merangkak nak naik ni akan merundum jatuh seperti durian runtuh la kan. Aku rasa korang2 pun mesti sama sepisis jer dengan aku kan. Yelah kan, manusia ni xjauh beza. Aku pon kadang2 pernah gak meng"negatifkan"kan pikiran orang...muahahah. 

MORAL VALUE OF DIS SETORY: So, pengajarannya, ak xnak lagi bersikap seperti ituh dan aku nak jadikan quote tu sebagai prinsip idop aku!Ko ader?aku aderrr.

Thursday, April 5, 2012

Wanita

   Sudah bersawang rupenye belogsepot ak ni, padanla dgn name laman sesawang (ye ke idok eja cmtu?belasah jele) :P
   Hokey, kat sini ak xnak m'stresskan belogku dengan cerita psl PSM. Cukop2 lah ak sorang yang stress (redhoo). Back to the main point, sebenarnya ak nak bercerita dan kongsikan dengan semua tentang sebuah buku ni, yang ak dapat FREE!(Guna baucer, memanglah FREE kan!hehe).

"Berbahagialah Wahai Wanita"

   Inilah bukunya, actually buku ni adalah soal jawab agama bersama Ustaz Kazim Elias. Seswai sangat dibaca oleh kaum2 wanita yang sudah berumah tangga mahupun bakal berumah tangga seperti sayer..muehehe. Ak tertarik dengan soalan yang di ajukan kepada ustaz daripada seorang lelaki berstatus suami yang telahpun mendirikan rumah tangga selama 20 tahun tetapi sehingga sekarang masih belum dapat memahami perangai isterinya. Hmmm..agak2 korang apekah jawapan ustaz yang juga sebagai seorang lelaki??
......................................||||||||||||..........................................
Beginilah jawapannya:

Wanita memang susah difahami. Terutama mengenai perangai mereka yang selalu berubah-ubah. Ustaz pernah dihadiahkan sebuah buku berjudul "Everything Men Know About Women" oleh Dr. Alan Francis. Akan tetapi setiap helaian buku tersebut adalah kosong tanpa tulisan sehinggalah muka surat terakhir terdapat kata2 hikmah yang berbunyi lebih kurang camni " Dear men, don't try to understand them (women), just love them". Rupa2nya buku tu memang sengaja dicetak kosong. Mesej hendak disampaikan ialah, kaum lelaki tidak akan faham jiwa seorang wanita selamanya, dan pasti tidak mampu memahami mereka.

Ulasan ak, memang benar kaum wanita ni susah untuk difahami, bukan setakat lelaki, kadang2 wanita sendiri pun xfaham sesama mereka. Yang lebih sadisnya lagi kalau wanita tu sendiri xfaham dengan diri sendiri seperti ak (sadis bukan?). Kadang2 juga hal sebesar kuman pun boleh jadi isu sampaikan mahu bermasam2 muka dan tidak bertegur sapa. Benarlah kata orang, wanita ni complicated siket. Dalam bab2 kerja, mahukan yang perfect, agak cerewet disitu. Tetapi apekan daya, ak bersyukur dilahirkan sebagai seorang gegurl. Walaupun orang kata wanita ni susah nak difahami, tapi wanita senang berkawan. Walaupun wanita ni senang nak touching2, tapi bila dah keluar dari "masanya" everything will be okey. Walaupun wanita ni jenis cerewet, tapi at least beliau prihatin tentang apa yang perlu dan tidak perlu dibuat. Walaupun wanita ni jenis suke membebel, tapi percayalah beliau membebel bersebab atas dasar memberi nasihat kepada orang2 yang xberapa nak sedar diri

So, sebagai penutupnya, kepada kaum2 lelaki di luar sana, sayangilah wanita tidak kira ibu, isteri, adik, kakak, makcik, datin dan sebagainya. Usahlah merungut jika wanita2 depan mata anda itu susah untuk difahami. Kamu diciptakan untuk membimbing wanita dan untuk kaum wanita, hargailah insan2 di sekeliling anda.

MORAL OF DIS SETORY: Kadang2 lemah jgk kalau ade yang tiba2 bermasam muka n tidak bertegur sapa tanpa mengetahui apekah puncanya!Lemak juga ya (^^)v

Thursday, January 12, 2012

Selesai

Alhamdulillah...akhirnya selesai juge perjuangan pada sem 5 ni setelah bertungkus lumus berjuang dalam medan-medan perang tersobot:

1) QA and QC
2) ELECTRONIC FOR INSTRUMENT
3) IMMUNOTECHNOLOGY
4) BIOMATERIAL AND BIOMANUFACTURING
5) EXTRACTION AND BIOSEPARATION
6) and the minor Spanish....


Dengan berakhirnya perjuangan ini, bermakna, hanya tinggal lagi 3 sem utk daku menamatkan pengajian!! Harap semuanya berjalan dengan lancar dan sentiasa dipermudahkan urusan olehNYA...amin =)

MORAL VALUE OF DIS SETORY: next sem da start FYP...!!Pengsan...pengsan..pengsan....