Saturday, December 3, 2011

Tips Mengekalkan Kecerahan Kulit



1.Sentiasa gunakan Sunblock Cream setiap hari sekurang-kurangnya. Walaupun ketika cuaca mendung dan juga ketika berada di dalam rumah kerana sinar UV tetap akan dpt menembusi ke dalam rumah melalui tingkap kaca. Sekiranya bekerja d luar yg terdedah pd cahaya matahari, gunakan sunblock SPF50.

2. Sapukan sunblock selepas setiap 2 -3 jam jika kita sentiasa berjemur untuk perlindungan yang lebih     berkesan.

3.  Elakkan dari berjemur di bawah panas matahari walaupun kita menggunakan krim penghadang matahari.  Jika cuaca terlalu panas, gunakan payung untuk mengelakkan panahan sinar matahari terus pada wajah.

4. Jangan merokok, amalkan diet yang seimbang, kurangkan stress dan tidur mengikut waktu at least 6 jam sehari.  Kerana perkara2 tersebut boleh menyumbang kepada terbentuknya radikal bebas di dalam tubuh yang berlebihan.  Dan ini akan menggalakkan penghasilan melanin yang berlebihan.

5.  Dapatkan rawatan wajah (facial) sekurang-kurangnya sekali sebulan untuk memperbaiki peredaran darah pada wajah dan pembuangan sel kulit mati serta toksin.

6.  PALING PENTING: jangan lupa untuk mencuci wajah setiap malam & ingatlah bahawa tiada produk pencerah yang akan berkesan tanpa krim penghadang matahari (Sunblock Cream).

(SUMBER: FCUMIRACLE)

Tips Cara Makan Yang Sihat

Berikut adalah tips-tips cara makan yg sihat :
  • Makan yang terbaik adalah sebelum maghrib ketika matahari masih ada.
  • Jangan makan terlalu kenyang kerana nisbah makanan dalam perut adalah 1/3 sahaja. Perut perlu menampung 1/3 makanan, 1/3 air dan 1/3 udara.
  • Elakkan makan di tengah malam.
  • Jangan makan buah selepas makan. Makan buah sebelum makan kerana dapat membantu penghadaman.
  • Makan sewaktu lapar, berhenti sebelum kenyang.
  • Di tangan kanan kita mengandungi 18 enzim penghadaman. Jadi makanlah menggunakan tangan.
  • Minum air suam/air kosong bersih sejam sebelum makan dan sejam selepas makan.Elakkan dr minum air ais supaya perut tidak mudah buncit.
  • Makan hanya 1 lauk saja. Jika makan ikan, ikan saja. Jangan campur ikan, daging, ayam dsb.Banyakkan makan sayur dan ulam.
  • Kuantiti makanan berasaskan haiwan perlu dikurangkan dan di sebaliknya pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan perlu dipertingkatkan. Kacang tanah, biskut, coklat, dan seumpamanya harus dielakkan termasuk seafood,belacan,telur dan segala makanan yg alah dengan resdung.
  • Minum 2 hingga 2 1/2 liter air bersih setiap hari, iaitu sekali setiap dua jam. Selepas minum, seseorang itu perlu kencing dan ini perlu dilakukan 8 - 10 kali setiap hari. Air yang diminum dan dikeluarkan haruslah dalam nisbah 1:0. Dengan lain perkataan, hampir kesemua air yang diminum mesti dikeluarkan.
  • Setiap kali selepas makan,amalkan berjalan 100 langkah supaya makanan yg dimakan cepat dihadamkan dan dpt mengelakkan perut buncit.Jangan terus duduk atau terus tidur selepas makan.

Friday, December 2, 2011

Bahaya Kurang Tidur


Menurut kajian Universiti Warwick menunjukkan mereka yang tidur kurang enam jam sehari dan terganggu berisiko 48 peratus menghidap atau meninggal dunia akibat sakit jantung dan 15 peratus risiko menghidap atau mati akibat serangan angin ahmar. Amalan tidur lewat dan awal pagi sebenarnya umpama bom jangka kepada kesihatan. Jadi, bertindak sekarang untuk mengurangkan risiko menghidap penyakit membahayakan nyawa seperti itu, kata penulis bersama kajian, Profesor Francesco Cappuccio.

Lelaki berusia lebih 65 tahun yang kurang tidur nyenyak yang cukup berisiko tinggi mendapat tekanan darah tinggi, menurut kajian terbaru Fakulti Perubatan Harvard.Kajian ke atas 784 pesakit, yang disiarkan dalam jurnal Hypertension, mendapati mereka yang kurang mendapat tidur nyenyak berisiko 83 peratus mendapat penyakit itu berbanding yang tidur nyenyak yang panjang. Tekanan darah tinggi meningkatkan risiko serangan jantung, angin ahmar dan masalah kesihatan lain.

Kurang tidur menyebabkan tekanan pada tubuh, memaksa jantung berdegup lebih pantas, kata pakar. Namun tidur yang terlalu panjang, lebih sembilan jam, mungkin juga menjadi petanda kepada penyakit termasuk kardiovaskular.
Satu kajian ke atas 472 pesakit obes, yang disiarkan dalam International Journal of Obesity, membabitkan peserta memakan 500 kurang kalori setiap hari, disertai senaman kebanyakan hari. Mereka yang tidur terlalu pendek atau terlalu lama kurang kehilangan berat badan dalam tempoh enam bulan.

Kenapa kita perlu tidur seawal yg boleh dan mencukupi?

9pm - 11 pm
- Adalah masa untuk menghapuskan bahan kimia toksik yang tidak diperlukan (detoksifikasi) dari sistem antibodi (nodus limfa). Tempoh masa ini perlu dihabiskan dengan berehat atau mendengar muzik.

11pm - 1 am
- Adalah proses detoksifikasi di dalam hati,dan ia harus dilakukan dalam keadaan tidur yang amat lena.Disebabkan kekerapan tidur lewat melebihi tempoh ini,jerawat anda juga mudah keluar di pipi kiri.

1am - 3 am
- Proses detoksifikasi di dalam hempedu, juga ideal dilakukan dalam keadaan tidur yang amat lena.

3am - 5 am
- Detoksifikasi di dalam paru-paru. Oleh itu kadang-kadang akan batuk yang teruk bagi penghidap batuk pada masa ini. Oleh kerana proses detoksifikasi telah mencapai saluran pernafasan, tidak perlu untuk mengambil ubat batuk supaya tidak mengganggu proses penyingkiran toksin.Disebabkan kekerapan tidur lewat melebihi tempoh ini,jerawat anda juga mudah keluar di pipi kanan.

5am - 7 am
- Detoksifikasi di dalam kolon, anda perlu mengosongkan usus anda.

Pagi 7 - 9:00:
- Penyerapan nutrien dalam usus kecil.Anda perlu mempunyai sarapan pagi sebelum masa. Sarapan harus lebih awal, sebelum 6:30 pagi, bagi orang-orang yang sakit. Sarapan Pagi sebelum 7:30 pagi adalah yg terbaik untuk orang-orang yg sihat. Orang-orang yang selalu skip sarapan pagi, mereka perlu mengubah tabiat mereka, dan selewat-lewatnya untuk sarapan pagi adalah antara 9 - 10:00 pagi.

Tidur lewat dan bangun terlalu lewat akan mengganggu proses membuang bahan kimia yang tidak perlu. Selain daripada itu, tengah malam sehingga 4:00 pagi masa apabila sumsum tulang menghasilkan darah. Oleh itu,haruslah mempunyai tidur yang baik dan tidak tidur lewat.

(SUMBER: FCUMIRACLE)

Khasiat Jambu Batu


Tahukah korang, jambu batu adalah buah yang paling berkhasiat bagi membekalkan vitamin dan mineral kepada tubuh kite??Kalau xtaw, meh sini ceq habaq mai noh :P

Antara khasiat2 jambu batu adalah:
  • Efektif menurunkan paras kolesterol dalam darah manusia dan amat bagus sekiranya dimakan setiap hari.
  • Kita digalakkan supaya mengambil jambu batu sebanyak 400 gram sehari iaitu sebiji setengah selama empat minggu utk mendapat kesan yg baik.
  • Perlu dimakan bersama kulit-kulitnya sekali kerana ia mengandungi khasiat yang tinggi.
  • Sesuai diambil untuk amalan diet seimbang terutama bagi mereka yang mengalami masalah berat badan.
  • Boleh mengurangkan kolesterol iaitu 18.8 peratus dalam masa seminggu tetapi pesakit mestilah mengambil buah jambu batu setiap hari bagi memastikan keberkesanannya.
  • Boleh membantu memperbaiki tekstur kulit dan mengelakkan masalah kulit (kesannya lebih baik dr krim-krim kecantikan boleh lakukan).
  •  Dipercayai mempuyai sumber vitamin C yang tinggi didalam bentuk asid askorbik.
  • Ia mengandungi 3 hingga 6 kali lebih banyak vitamin C berbanding dengan buah oren, 10 - 30 kali lebih banyak berbanding dengan pisang, dan kira-kira 10 kali lebih banyak berbanding dengan buah betik.
  • Didapati mengandungi jumlah fosforus dan Kalsium yang sederhana dan juga sedikit besi, kalium dan natrium.
  •  Mengandungi 74-87% kelembapan, 13-26% bahan kering, 0.5-1% abu, 0.4-0.7% lemak mentah dan 0.8-1.5% protein mentah.

TIPS: Utk turunkan berat badan secara sihat anda boleh campurkan apple cider vinegar dlm jus jambu batu. Rasanya mmg sedap. Lebih sedap lg jika jambu batu + carrot dijadikan jus + apple cider!! ^_____^