Sunday, April 15, 2012

Kemahiran Lembut

Alhamdulillah, setelah 2 hari menjalani talk kemahiran lembut ataupun dalam bahase mat salleh nyer soft skills, akhirnya tamat juge subjek ini untuk semester ini. So, tunggu jelah yer keputusannya sama ada kompeten ataupun tidak kompeten, harap2nya lulus dengan jayanya lah (plissss3!)




Ok, xnak cite panjang, sepanjang talk tu, ada sepotongan ayat yang sangat2 menarik perhatian aku! (means that im not sleepy taw bile dengar orang meng'lecture'kan aku! tangan ke pinggang, mata ke atas..huaaah3).
Ayatnya berbunyi lebih kurang camni:


"Jangan pernah mendengar kata-kata orang yang mempunyai kecenderungan berfikiran negatif dan pesimis kerana mereka akan mengambil sebahagian besar dari impianmu" - Ir. Che Mohammad Nizam

Dengan quote ni, tiba2 aku rasa inilah kata2 semangat yang aku sangat perlukan selama ni dalam hidupku. Kenapa?? Sebabnya, aku ni jenis senang jugakla nak terpengaruh dengan kata2 orang bila diri dah rase tak berapa konfident. Sebagai contohnya, apabila nak buat sesuatu presentation n bila cabut undian dapat jadi 1st presenter!mak aihhh, memang muke aku tahap redhooo tersangatlah kan dan aku cuba meng"up"kan level of confident dalam diri tetapi pada masa yang sama, ada orang2 yang suka berfikiran pesimis ni pun bersuara lah "habislah kau dapat 1st presenter, kalau aku jadi kau, memang xtido malamlah, cuak beb!"

Dengan kata2 sebegitu, level konfident ak yang baru merangkak nak naik ni akan merundum jatuh seperti durian runtuh la kan. Aku rasa korang2 pun mesti sama sepisis jer dengan aku kan. Yelah kan, manusia ni xjauh beza. Aku pon kadang2 pernah gak meng"negatifkan"kan pikiran orang...muahahah. 

MORAL VALUE OF DIS SETORY: So, pengajarannya, ak xnak lagi bersikap seperti ituh dan aku nak jadikan quote tu sebagai prinsip idop aku!Ko ader?aku aderrr.

Thursday, April 5, 2012

Wanita

   Sudah bersawang rupenye belogsepot ak ni, padanla dgn name laman sesawang (ye ke idok eja cmtu?belasah jele) :P
   Hokey, kat sini ak xnak m'stresskan belogku dengan cerita psl PSM. Cukop2 lah ak sorang yang stress (redhoo). Back to the main point, sebenarnya ak nak bercerita dan kongsikan dengan semua tentang sebuah buku ni, yang ak dapat FREE!(Guna baucer, memanglah FREE kan!hehe).

"Berbahagialah Wahai Wanita"

   Inilah bukunya, actually buku ni adalah soal jawab agama bersama Ustaz Kazim Elias. Seswai sangat dibaca oleh kaum2 wanita yang sudah berumah tangga mahupun bakal berumah tangga seperti sayer..muehehe. Ak tertarik dengan soalan yang di ajukan kepada ustaz daripada seorang lelaki berstatus suami yang telahpun mendirikan rumah tangga selama 20 tahun tetapi sehingga sekarang masih belum dapat memahami perangai isterinya. Hmmm..agak2 korang apekah jawapan ustaz yang juga sebagai seorang lelaki??
......................................||||||||||||..........................................
Beginilah jawapannya:

Wanita memang susah difahami. Terutama mengenai perangai mereka yang selalu berubah-ubah. Ustaz pernah dihadiahkan sebuah buku berjudul "Everything Men Know About Women" oleh Dr. Alan Francis. Akan tetapi setiap helaian buku tersebut adalah kosong tanpa tulisan sehinggalah muka surat terakhir terdapat kata2 hikmah yang berbunyi lebih kurang camni " Dear men, don't try to understand them (women), just love them". Rupa2nya buku tu memang sengaja dicetak kosong. Mesej hendak disampaikan ialah, kaum lelaki tidak akan faham jiwa seorang wanita selamanya, dan pasti tidak mampu memahami mereka.

Ulasan ak, memang benar kaum wanita ni susah untuk difahami, bukan setakat lelaki, kadang2 wanita sendiri pun xfaham sesama mereka. Yang lebih sadisnya lagi kalau wanita tu sendiri xfaham dengan diri sendiri seperti ak (sadis bukan?). Kadang2 juga hal sebesar kuman pun boleh jadi isu sampaikan mahu bermasam2 muka dan tidak bertegur sapa. Benarlah kata orang, wanita ni complicated siket. Dalam bab2 kerja, mahukan yang perfect, agak cerewet disitu. Tetapi apekan daya, ak bersyukur dilahirkan sebagai seorang gegurl. Walaupun orang kata wanita ni susah nak difahami, tapi wanita senang berkawan. Walaupun wanita ni senang nak touching2, tapi bila dah keluar dari "masanya" everything will be okey. Walaupun wanita ni jenis cerewet, tapi at least beliau prihatin tentang apa yang perlu dan tidak perlu dibuat. Walaupun wanita ni jenis suke membebel, tapi percayalah beliau membebel bersebab atas dasar memberi nasihat kepada orang2 yang xberapa nak sedar diri

So, sebagai penutupnya, kepada kaum2 lelaki di luar sana, sayangilah wanita tidak kira ibu, isteri, adik, kakak, makcik, datin dan sebagainya. Usahlah merungut jika wanita2 depan mata anda itu susah untuk difahami. Kamu diciptakan untuk membimbing wanita dan untuk kaum wanita, hargailah insan2 di sekeliling anda.

MORAL OF DIS SETORY: Kadang2 lemah jgk kalau ade yang tiba2 bermasam muka n tidak bertegur sapa tanpa mengetahui apekah puncanya!Lemak juga ya (^^)v